GGGE6453

PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN

Sinopsis:

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar tentang beberapa jenis dan aspek pengeluaran dan penggunaan media pengajaran. Pelajar akan berpeluang mempelajari cara-cara mereka bentuk, mengeluarkan dan menggunakan media eletronik dan bukan elektronik yang boleh digunakan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan industri. Teknik dan kemahiran menggunakan perkakasan juga akan dititikberatkan. Tumpuan juga akan diberikan kepada penulisan skrip, penyediaan fotografi, grafik dan percetakan yang sesuai dengan bentuk media yang dipilih.

This course aims to provide exposure to the students on several types and aspects of the production and use of instructional media. Students will have the opportunity to learn how to design, manufacture, and use of electronic and non electronic media that can be used in schools, higher education institutions and industries. Techniques and skills in using the hardware will also be addressed. Emphasis will also be given to the writing of the script, providing photography, graphics, and printing in accordance with the selected media forms.

PROFORMA

MEDIA PENGAJARAN

(1) Definisi Media Pengajaran.
lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.
=: http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/07/media-pengajaran.html ( maksud media pengajaran ) : soalan 1

(2) Apakah perbezaan antara ‘Teknologi Pengajaran ‘ berbanding ‘Media Pengajaran’
Teknologi Pengajaran ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

 • Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi Pengajaran  secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

      Media pengajaran pula adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

http://alizaedwinranggau.blogspot.com/2012/04/definisi-media-pengajaran.html

(3) Apakah perbezaan antara Media Pengajaran dan ABM ( Alat Bantu Mengajar )

     Media pengajaran  adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

http://alizaedwinranggau.blogspot.com/2012/04/definisi-media-pengajaran.html

        Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu  pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.”  Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

http://bertatihbicara.blogspot.com/2012/07/definisi-bahan-bantu-mengajar.html

(4) Fungsi Media Pengajaran (MP)

Kelebihan MP

1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.
2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri
=: http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/07/media-pengajaran.html ( Fungsi media pengajran ) soalan 4

(5) Pengkelasan Media Pengajaran
Media pengajaran terbahagi kepada dua:

  • Media Cetak
  • Media bukan cetak

Pengkelasan Media

  1. Media tayang kaku                 transparensi, slaid, dan mikrofilem
  2. Media tayang bergerak          pita video, cakera padat digital, dan filem
  3. Bahan grafik                            lukisan, poster, kartun, carta, dan graf
  4. Gambar kaku gambar            foto, kad imbasan, dan poskad
  5. Bahan pameran 3-dimensi     model, boneka, diorama, dan pupet
  6. Papan paparan @ pameran   papan kapur,papan putih papan flanel,papan buletin
  7. Media audio                              pita kaset, cakera padat, dan komputer
  8. Media cetak                              modul, buku teks, surat khabar, majalah,risalah 

=: http://alizaedwinranggau.blogspot.com/2012/04/pengkelasan-media-pengajaran.html ( pengkelasan media ) : soalan 5

(6) Faktor-Faktor yang Dipertimbangkan Dalam Pemilihan Media Pembelajaran
Faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam pemilihan suatu media adalah sebagai berikut (Sadiman, 2002:82) :

  1. Memilih media harus berdasarkan tujuan instruksional yang ingin dicapai
  2. Memilih media harus sesuai karakteristik siswa atau sasaran
  3. Memilih media harus disesuaikan dengan jenis rangsangan belajar yang diinginkan (audio, visual, gerak, dll)
  4. Memilih media harus disesuaikan dengan keadaan latar atau lingkungan
  5. Memilih media harus memahami kondisi setempat, dan luasnya jangkauan yang ingin dilayani.

=:http://ghozaliq.wordpress.com/2010/07/21/faktor-faktor-yang-dipertimbangkan-dalam-pemilihan-media-pembelajaran/

( 7) Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

PENYEDIAAN MEDIA:

Langkah-langkah;

•Cetusan idea.
•Nyatakan objektif.
•Analisis pelajar.
•Kumpul dan susun bahan.
•Tukarkan idea kepada visual.
•Rancangkan penglibatan pelajar.
•Semak perancangan anda.
•Penerbitan.
http://sajadstudio.info

(Sumber: http://hasan92.weebly.com/tajuk-3–media-pengajaran-dan-pengajaran-media1.html ).