GGGE6543

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT (Information Technology) atau IT dan TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Secara tepat dan mudah, ianya dimaksudkan penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

PERANAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi merupakan pemudah cara untuk membantu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

Berikut adalah senarai Refleksi bagi Pembelajaran Teknologi Maklumat dalam Pendidikan :

PROFOMA KURSUS

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar tentang inovasi teknologi maklumat dan komunikasi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengurusan pendidikan. Selain itu kursus ini dirancang dan dilaksanakan agar dapat membantu pelajar mengaplikasi teknologi pendidikan terbuka termasuk open educational resources (OER) dan Web 2.0 bagi memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.

The course provides knowledge, skills and experiences to students on the innovative applications of the latest information and communication technology in teaching and learning, research and education management. The course is also designed and implemented to assist students in applying open education which includes open education resources (OER) and Web 2.0 to promote lifelong learning.

Hasil Pelbelajaran Program (HPP)* /Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)** 

HPP1: Memperoleh pengetahuan terkini dan lanjutan serta menginterprestasi konsep-konsep dalam bidang pengkhususan.
HPP2: Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran penyelidikan untuk menyelesaikan masalah dalam bidang pengkhususan dan multidisiplin.
HPP3:Berfikiran keusahawanan dalam mengurus maklumat dan menjana pengetahuan serta inovasi dalam bidang pengkhususan.
HPP4:Menilai dan membuat keputusan berdasarkan secara sistematik bertanggungjawab dari segi sosial dan etika dalam bidang pengkhususan.
HPP5: Menyebarkan ilmu secara rasional dan bermakna kepada rakan sepakaran dan masyarakat umum dalam bidang pengkhususan.
HPP6: Mengamalkan prinsip pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat dalam bidang pengkhususan.
HPP7: Memimpin dan bekerja dalam satu pasukan untuk mengembangkan ilmu dalam bidang pengkhususan.