Penilaian
Penilaian atau Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).
Penilaian juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti penilaian dijalankan secara berterusan bagi tujuan memperbaiki atau memperelokkan lagi aktiviti tersebut.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Penilaian bertujuan untuk mendapatkan gambaran mengenai prestasi seseorang dan untuk menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melalui penilaian ini seseorang dapat merancang dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan berkesan.

Bagi refleksi III, terdapat beberapa penilaian dapat dirangkumkan disini. Iaitu:
1- Pembelajaran menggunakan WordPress.
Pembelajaran menggunakan wordpress sangat menyeronokkan. WordPress merupakan sistem pengurusan kandungan “Content Management System(CMS)” yang digunakan untuk menghasilkan lama web atau blog yang cantik dan menarik secara percuma. Dengan adanya WordPress ini kita tidak perlu lagi untuk membina lama web sendiri menggunakan c++ atau java dan sebagainya. Kerana WordPres telah tersedia ada semua.
2- Pembelajaran proses penilaian.
Pembelajaran proses penilaian membolehkan saya membuat penilaian terhadap hasil kerja sahabat-sahabat yang lain. Begitu juga dengan hasil kerja saya boleh dinilai oleh sahabat-sahabat yang lain. Melalui penilaian ini, kami dapat memperbaiki hasil kerja kami agar menjadi lebih elok.